KOTA BHARU – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meminta nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menguruskan parti tersebut. Ahmad Zahid berkata, sebaliknya beliau melakukan perbincangan secara empat mata dengan Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 7 Jun lalu namun enggan mendedahkan butirannya. “Saya tidak perlu sebutkan isi perbincangan, elok saya tidak berkongsi. “Cuma saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah…










