Perang saudara di Yemen yang bermula pada Mac 2015 tidak menunjukkan tanda akan reda walaupun telah meragut sekurang-kurangnya 5,925 nyawa manakala hampir 10,000 lagi penduduk awam cedera setakat November 2017. Angka kematian rasmi itu merupakan paparan pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun korban sebenar dipercayai jauh lebih tinggi. Konflik berpanjangan itu juga menyebabkan berlakunya wabak taun paling buruk di dunia dengan jangkitan disyaki taun berjumlah 1,103,683 kes…










