RIYADH – Wanita Arab Saudi meraikan kebenaran memandu buat pertama kali sejak beberapa dekad lalu semalam selepas kerajaan negara itu menarik balik undang-undang larangan yang dijangka membawa era baharu mobiliti sosial. Ia merupakan sebahagian pendekatan yang dilakukan Putera Mahkota Mohamed bin Salman untuk memodenkan negara yang kaya dengan sumber minyak mentah tersebut selari dengan desakan kumpulan aktivis wanita yang telah lama menentang keras larangan itu. Wanita-wanita di Riyadh dan beberapa bandar raya lain kelihatan mula memenuhi jalan raya bermandikan cahaya lampu selepas larangan tersebut ditarik balik dengan iringan muzik kuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya