SHAH ALAM 8 Jun – Proton memperkenalkan wajah baharu imej korporat pusat jualannya bertaraf 4S (jualan, alat ganti, servis dan survei) milik Setia Gemilang Auto Sdn. Bhd. sebagai yang pertama dalam usaha memberikan perkhidmatan lebih selesa kepada pelanggannya. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, penaiktarafan cawangan itu mampu menempatkan ruangan lebih besar terutama ketika sedang menyelenggara kereta, ruangan cat dan ketuk yang banyak serta ruangan menunggu pelanggan selesa.…