SAN FRANCISCO 7 Jun – Projek kereta terbang yang dibiayai oleh pengasas bersama Google, Larry Page membuka tawaran pandu uji kepada pembeli bermula semalam. Projek terbabit dikenali sebagai Kitty Hawk, melancarkan model Flyer yang disifatkan sebagai ‘langkah pertama untuk berkongsi kebebasan penerbangan’. Syarikat berkenaan ditubuhkan pada tahun lalu di Mountain View, California dan telah menguji prototaip kereta tersebut di New Zealand. Imej dan butiran kereta terbang tersebut boleh didapati di…










