PUTRAJAYA 12 Jun – Kira-kira 11,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bertugas sepanjang masa ketika musim perayaan Aidilfitri kali ini. Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata, cuti perayaan sebanyak 20 peratus daripada 14,500 anggota bomba di seluruh negara dibekukan. “Selain mereka yang tertugas di 290 balai bomba seluruh negara, kita juga meletakkan anggota di 18 lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Pantai Timur untuk memantau pergerakan trafik orang ramai pulang ke kampung halaman. “JBPM bekerjasama dengan agensi-agensi untuk menjalankan tugas pemantauan sepanjang sambutan Aidilfitri, “…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya