[VIDEO] Hari Terbuka TUDM Julai ini - Utusan Malaysia

[VIDEO] Hari Terbuka TUDM Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan Hari Terbuka di semua pangkalannya di seluruh negara pada bulan Julai ini untuk memperingati ulang tahun ke-60 TUDM.

Panglima Tentera Udara, Jene­ral Tan Sri Affendi Buang berkata, Hari Terbuka itu memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan TUDM.

“Pada hari tersebut TUDM akan mengadakan pameran udara statik yang melibatkan asetnya di pangkalan masing-masing.


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

“Selain itu, pihak kami juga akan mengadakan program khas sempena dengan sambutan tersebut bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai TUDM,” katanya di Pangkalan TUDM Subang di sini hari ini.

Bagaimanapun, tarikh Hari Terbuka itu belum ditetapkan.

Dalam pada itu mengulas me­ngenai tema Hari TUDM Ke-60 iaitu Kuasa Udara, Tonggak Kedaulatan Negara, Affendi berkata, ia membawa maksud angkatan udara adalah kuasa penting dalam sistem pertahanan sesebuah negara.

“Disebabkan itu kedaulatan ne­gara perlu dikekalkan, di­per­kukuh dan diperkuat dari semasa ke semasa,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN