KUALA LUMPUR 31 Mei – Polis Kontinjen Selangor mempergiatkan usaha membanteras kegiatan perjudian dalam talian dengan menahan 12,188 individu menerusi 9,101 serbuan Op Dadu yang dijalankan sejak 2016 sehingga 23 Mei lalu di seluruh negeri. Dalam serbuan tersebut, polis merampas sebanyak 99,079 komputer yang diubah suai bagi aktiviti perjudian dalam talian yang dianggarkan bernilai RM923,694. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sepanjang tempoh tersebut, pihaknya…










