ROSTOV, Rusia – Pasukan Uruguay berjaya menempah tiket ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan A di Arena Rostov sebentar tadi. Skuad kendalian Oscar Tabarez itu memulakan saingan dengan rancak dan berjaya menguji pertahanan wakil dari benua Asia menerusi gandingan berbisa Luis Suarez dan Edinson Cavani. Suarez yang juga penyerang Barcelona berjaya memecah kebuntuan selepas menjaringkan gol hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Carlos…










