KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh calon mengemukakan borang pencalonan bagi merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu pada 30 Jun ini. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang membuat pengumuman itu bagaimanapun, enggan mendedahkan nama-nama calon tersebut. “Ini merupakan angka yang tertinggi pernah dipertandingkan bagi jawatan Presiden UMNO untuk pemilihan kali ini. “Semua nama yang dicalonkan akan disemak kelayakan dan kebankrapan mereka. Nama-nama calon akan diumumkan esok oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini sebentar tadi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya