KUALA LUMPUR 10 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah mahu UMNO terus kekal sebagai parti kaum Melayu di sebalik gesaan beberapa pihak yang mencadangkan agar parti itu membuka keahlian kepada bukan Melayu berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, UMNO sememangnya dilahirkan sebagai sebuah parti Melayu dan sentimen di peringkat akar umbi sangat kuat agar parti kekal memperjuangkan nasib kaum tersebut. Jelasnya, tiada guna sekiranya keahlian parti dibuka tetapi barisan kepemimpinannya masih didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. “Kamu boleh menambah satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya