UMNO ibarat telur di hujung tanduk - Utusan Malaysia

UMNO ibarat telur di hujung tanduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Jun – Pemilihan UMNO bagi tempoh 2018-2021 penting dalam menentukan survival parti yang ketika ini keadaannya diibaratkan se­perti telur di hujung tanduk.

Nor Azman Hasbullah

Justeru akar umbi mengharapkan UMNO yang akan diuji sekali lagi dalam penentuan hala tuju dan masa hadapannya pada 30 Jun ini melakukan perubahan secara total.

Ahli UMNO Bahagian Kulai, Nor Azman Hasbullah berkata, pihak yang akan memilih pe­mimpin perlu menilai dan melihat prestasi serta kemampuan sebenar calon bertanding.

“Nilai prestasi dan kemam­puan calon, bukan menjual maruah dengan penghargaan bernilai RM300 ataupun hanya kerana dibelanja calon dengan hidangan burung puyuh goreng kunyit.

“Pemimpin pula perlu me­nge­mukakan tawaran-tawaran baharu dan bukan sekadar menjadi orang politik yang berjanji kosong tetapi tidak mahu me­nunaikannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, calon perlu memberi tawaran dengan niat menjadikan parti lebih dinamik, berdaya saing, progresif untuk orang Melayu dan tanah air.

“Pemimpin UMNO yang bakal dilantik dalam pemilihan parti itu pada 30 Jun ini perlu sedar bahawa mereka kini tidak lagi menjadi kerajaan dan harus membangkang dengan konstruktif serta bukan hanya membuta tuli,” katanya.

Sehubungan itu ka­tanya, mana-mana ahli parti yang menawarkan diri un­tuk bertanding per­lu memiliki sikap tanggungjawab dan bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi demi parti.

Menurutnya, pe­mimpin par­ti kelak dinasihatkan untuk tidak membawa budaya negatif seperti sombong, bongkak dan takbur dalam keadaan parti ber­depan kesukaran pada hari ini.

“Usahlah dimomokkan ahli dengan saranan kosong mahu mengembalikan UMNO lebih baik dari semalam, mengumpan kononnya kerajaan hari ini tidak akan bertahan lama dan UMNO bakal kembali menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Apa yang diperlukan ketika ini adalah keikhlasan dalam perjuangan membawa imej dan maruah diri yang masih tersisa dan bukannya bergalaskan kepada kedudukan dan pangkat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN