UMNO hargai bonus raya untuk peneroka - Utusan Malaysia

UMNO hargai bonus raya untuk peneroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jun – UMNO menzahirkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan pengumuman bonus raya kepada peneroka Felda dan Felcra baru-baru ini.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan memberitahu, ternyata desakan parti itu supaya kerajaan Pakatan Harapan memberi bonus raya kepada kumpulan peneroka berkenaan mendapat perhatian.

Menurut kenyataan itu, pemberian bonus dan duit raya kepada peneroka telah menjadi `tradisi’ kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tahun 2009 lagi.

“Pemberian RM50 juta kepada peneroka Felda merupakan kesinambungan ihsan BN sebelum ini, manakala RM44 juta untuk peneroka Felcra pula adalah daripada hasil keuntungan perniagaan yang dijalankan agensi itu.

“Sumbangan peneroka terhadap ekonomi negara amatlah besar dan tidak sewajarnya diperlekehkan oleh mana-mana pihak, termasuk Pakatan Harapan,” menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN