UiTM lancar satelit pertama di angkasa lepas  - Utusan Malaysia

UiTM lancar satelit pertama di angkasa lepas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) awam pertama di negara ini yang melancarkan nano-satelit, UiTMSAT-1 tepat pukul 5.46 petang hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembangunan UiTMSAT-1 itu merupakan hasil projek kolaborasi pasukan universiti itu yang diwakili Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami dengan pasukan daripada Bhutan dan Filipina di bawah program Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2). 

Malah, Bhutan dan Filipina masing-masing turut menghasilkan satelit nano mereka sendiri itu BHUTAN-1 dan MAYA-1. 

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said, pelancaran UiTMSAT-1 itu berjaya disempurnakan di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat menerusi roket SpaceX Falcon 9. 

“UiTMSAT-1 ini akan dibawa Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan dijadualkan akan dilepaskan ke orbit pada Ogos ini melibatkan jaraknya 400 kilometer daripada permukaan bumi.

“Pelancaran UiTMSAT-1 ini menandakan permulaan kepada kami untuk lebih serius dalam pembangunan teknologi angkasa lepas sekaligus membuktikan kemampuan warga UiTM dalam bidang ini,” katanya

Beliau berkata demkian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bank-Satelit UITMSAT – 1di UiTM Shah Alam di sini hari ini. 

Turut hadir Pengarah Pusat Satelit Komunikasi, Prof. Madya Ir. Dr. Mohamad Huzaimy Jusoh.

Hassan berkata, UiTM menjadi universiti pertama di Malaysia yang melancarkan satelit buatan sendiri dengan kos yang lebih rendah berbanding satelit komersil yang mana ia merupakan objektif utama UiTM dalam kerjasama tersebut.  

Katanya lagi, pelancaran nano-satelit itu menyumbang kepada rancangan jangka masa panjang UiTM untuk menjadi perintis dalam bidang aeroangkasa seterusnya membolehkan Malaysia menuju ke arah ‘space-faring nation’. 

“Projek kerjasama BIRDS-2 ini membawa kepada penubuhan Pusat Satelit Komunikasi (UiTMSAT) di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan berkaitan satelit dan teknologi angkasa,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN