Trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini - Utusan Malaysia

Trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 9 malam ini berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas berakhirnya cuti umum sempena sambutan Aidilfitri.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik perlahan dari Ipoh ke Simpang Pulai, Taiping ke Bukit Berapit dan Gua Tempurung ke Sungkai berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya sejak petang tadi.

“Selain itu, aliran trafik dari arah selatan menuju ke ibu negara juga perlahan iaitu dari Pedas Linggi ke Seremban, Hentian Tangkak ke Ayer Keroh serta Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh ke Simpang Ampat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan tetapi lancar di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong menuju Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN