KUALA LUMPUR 26 Jun – Peguam Negara, Tommy Thomas perlu dilantik sebagai Senator dan menjadi Menteri Undang-Undang bagi membolehkan beliau bertanggungjawab kepada Parlimen. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Peguamcara Negara pula boleh menjalankan tugas sebagai Pendakwa Raya seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. “Saya juga mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan semula Kementerian Undang-Undang dan diharap dapat dilaksanakan pada 2 Julai nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini…










