MIRI – Polis menahan tiga suspek kes penculikan seorang lelaki tempatan di sebuah premis perniagaan di Coco Cabana, Marina Bay pada pukul 11.30 malam Khamis lepas. Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, tiga lelaki tempatan berumur 36, 39 dan 46 tahun itu ditahan pada Jumaat iaitu dua daripadanya pada pukul 3 pagi dan seorang lagi pada pukul 3 petang. “Majikan mangsa penculikan telah membuat laporan polis pada Khamis…










