Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Gua Musang - Utusan Malaysia

Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Tiga sekeluarga maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 55, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang, penumpang hadapan Proton Saga, Ibrahim Mat Rifin, 61, bersama isterinya, Mahani Mohd. Nasir, 58, dan anak perempuannya, Rosinani, 35, meninggal dunia.

Seorang lagi anak perempuan mangsa, Nur Farain, 26, yang memandu kenderaan terbabit turut cedera parah.

Tiga lagi mangsa lelaki yang menaiki kenderaan Proton Wira yang mengalami kecederaan ialah pemandunya, Mohamad Faris Junuh, 22, Muhamad Nurazman Nordin, 19, dan Mohamad Izwan Mohd. Zulkifli, 21,.

Kesemua tiga lelaki itu berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah RKT Paloh 1 di sini.

Empat sekeluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Saga yang dipandu Nur Farain yang datang dari arah Kuala Krai ke Gua Musang secara tiba-tiba telah memotong kenderaan di hadapannya dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta itu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan Proton Wira yang datang dari arah Gua Musang.

“Akibat kejadian, sepasang suami isteri telah meninggal di lokasi kejadian manakala seorang lagi anak perempuannya meninggal di Hospital Gua Musang selepas 12 jam kemalangan itu berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN