TATAU – Tiga maut, manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Tatau-Bintulu di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa iaitu, Bakie Ladin, 33, Jeanity Leah Liana Lily, 9, dan Sai Imong, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Lily Kawan, 42, cedera. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, berdasarkan maklumat saksi, pada mulanya pemandu Proton Wira melanggar Proton Exora sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Camry. “Sebaik anggota bomba tiba di situ, mereka mendapati masing-masing dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya