Tidak perlu debat secara umum - Annuar Musa - Utusan Malaysia

Tidak perlu debat secara umum – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jun- Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, isu debat antara calon presiden parti itu tidak perlu dilakukan secara umum kerana dikhuatiri hanya akan mendedahkan pelbagai perkara dalaman yang sensitif.

Jelas Annuar, pemilihan jawatan dalam parti adalah urusan dalam ‘keluarga’ UMNO, oleh yang demikian banyak perkara tidak harus terdedah kepada musuh.

“Debat secara umum adalah aktiviti yang baik. Kita (UMNO) bersikap terbuka tetapi keterbukaan itu mesti dalam kerangka yang tidak memudaratkan perjuangan (parti).

“Jika kita bertindak berlebihan dibimbangi hanya akan membawa lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan kepada parti,” katannya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mesej dan visi calon perlu sampai kepada mereka yang membuat keputusan dan debat awam bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN