Tidak maafkan Najib jika bersalah - Utusan Malaysia

Tidak maafkan Najib jika bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jun – UMNO Bahagian Bandar Tun Razak tidak akan memaafkan perbuatan Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya bekas Presiden UMNO itu benar-benar terlibat dalam skandal penyelewengan dana kerajaan, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua UMNO bahagian tersebut, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, namun sekiranya pertuduhan itu tidak benar, Najib diharapkan dapat menggunakan segala ruang perundangan yang ada untuk membersihkan namanya.

KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2016 - Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun
Datuk Rizalman Mokhtar

“Saya tak berniat untuk mengiyakan atau menafikannya, kalau benar pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu, UMNO Bahagian Bandar Tun Razak tidak akan mengampunkan dosa-dosa beliau.

“Tetapi kalau tidak benar, saya harap Datuk Seri Najib dapat melalui perbicaraan yang adil agar kebenaran dapat memihak kepadanya. Malah kami juga menuntut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya memohon maaf, kerana pertuduhannya itu telah merosakkan imej bekas Presiden UMNO itu sehingga dihina dan diaibkan, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Taman Tenaga di sini hari ini.

Sebanyak 498 perwakilan dari 74 cawangan UMNO bahagian Bandar Tun Razak hadir menjalankan tanggungjawab memilih kepemimpinan UMNO bahagian tersebut dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, tambah Rizalman, dia mengakui agak kecewa selepas melihat pembongkaran oleh pihak berkuasa dalam kes 1MDB namun masih mengharapkan undang-undang akan membuktikan bahawa bekas Presiden UMNO berada di pihak yang benar.

“Sebagai ahli UMNO saya memang rasa kecewa dengan satu demi satu pembongkaran, seperti kata pepatah kalau tiada angin takkan pokok bergoyang. Tapi saya harap segala pertuduhan itu tidak betul, “ katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN