PUTRAJAYA 11 Jun – Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan rayuan Naib Presiden PKR, Tian Chua terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemulanya bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bulan lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama Datuk P. Nalini dan Datuk Mary Lim Thiam Suan menangguhkan prosiding bagi membolehkan beliau menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang yang gagal bertanding pada PRU-14 bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya