Tiada kren terbalik di lebuh raya CSR - Utusan Malaysia

Tiada kren terbalik di lebuh raya CSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 13 Jun – Polis menafikan dakwaan kejadian kren terbalik di laluan keluar Fasa 3 Merapoh, Lebuh Raya Central Spine (CSR) di Lipis sehingga menyebabkan kesesakan sepanjang 15 kilometer yang tersebar dalam laman sosial. 


Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, tiada kejadian seumpamanya berlaku dan tiada kawasan mengalami masalah tanah mendap yang kononnya menjadi punca kren itu terbalik. 


“Isu yang ditularkan adalah palsu. Pengguna diminta tidak mempercayai dan menyebarkan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 


Memuatkan artikel berkaitan…

Dakwaan kren terbalik itu tersebar dalam aplikasi kumpulan WhatsApp meminta orang ramai yang hendak pulang ke Kelantan untuk tidak menggunakan laluan itu, yang dikatakan sesak bermula dari laluan Chegar Perah, Lipis. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini