Tiada kompromi ceroboh hutan simpan - Utusan Malaysia

Tiada kompromi ceroboh hutan simpan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 26 Jun – Kerajaan negeri tidak berkompromi terhadap sebarang aktiviti pencerobohan di hutan simpan yang menjadi tempat habitat kelip-kelip di Kampung Dew di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lan­congan, Kesenian dan Kebu­dayaan negeri, Tan Kar Hing ber­kata, pencerobohan boleh merosakkan industri pelancongan di sini dan kerajaan negeri akan mempertingkatkan penguatkuasaan untuk mengekalkan habitat kelip-kelip.

Katanya, pelan jangka panjang dilaksanakan untuk pembangunan kawasan tersebut dan kerajaan negeri berbincang dengan Pejabat Tanah Kerian dan

Memuatkan artikel berkaitan…

Larut Matang untuk mengatasi pencerobohan tersebut.

“Kerajaan negeri berjanji akan mengatasi masalah pencerobohan di kawasan habitat kelip-kelip ini dan saya hubungi Pejabat Tanah dan Galian negeri untuk mendapatkan maklumat mengenai kawasan ini,” katanya dalam sidang akbar ketika meninjau ke­rosakan di jeti untuk ke kawasan kelip-kelip di Kampung Dew, di sini hari ini.

Bumbung jeti kelip-kelip tersebut rosak akibat dilanda ribut dalam kejadian minggu lalu dan kerajaan negeri membantu untuk membaik pulih bumbung yang rosak bagi kemudahan kepada pelancong.

Menurutnya, selain itu, rizab kawasan jeti berkenaan diperluaskan setelah ia diluluskan pada 21 Mac lalu.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu pelan baharu Unit Pe­rancangan Ekonomi Negeri dan ia dijangka dapat diluluskan secepat mungkin.

Katanya, kerajaan bekerjasama dengan semua pihak supaya ka­­wa­san itu diwartakan secepat mung­kin bagi mengelakkan pen­ce­­robohan kawasan pelancongan kelip-kelip.

“Ekopelancongan menjadi kekuatan kepada industri pelancongan negeri ini selain ekosistem juga perlu dijaga kerana industri pelancongan menjana ekonomi negeri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini