KUANTAN – Polis hari ini, menafikan dakwaan kejadian kren terbalik di laluan keluar Fasa 3 Merapoh, Lebuh Raya Central Spine (CSR) sehingga menyebabkan kesesakan sepanjang 15 kilometer yang tersebar di laman sosial. Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, tiada kejadian seumpamanya berlaku dan tiada kawasan yang mengalami masalah tanah mendap yang kononnya menjadi punca kren itu terbalik. “Isu yang diviralkan adalah palsu. Pengguna diminta untuk tidak mempercayai dan menyebarkan perkara itu,”…










