KUALA LUMPUR 20 Jun – Malaysia perlu terus bersikap proaktif sebagai fasilitator dalam rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah Islam, Majlis Syura Patani (Mara Patani) melibatkan wilayah selatan Thailand. Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, peranan penting yang dimainkan negara dalam rundingan tersebut wajar diteruskan bagi mengembalikan keamanan dan kestabilan sosio politik bukan sahaja di wilayah berkenaan tetapi juga melibatkan rantau ASEAN. Jelas beliau, peranan yang telah dijalankan…









