UNTUK kali kedua, pemilihan UMNO berlangsung dengan lebih terbuka apabila 146,000 perwakilan mengundi untuk menentukan hala tuju, masa depan parti keramat orang Melayu itu hari ini. Setakat artikel ini ditulis, proses pemilihan pucuk kepemimpinan parti berjalan lancar dengan tiada sebarang laporan `gangguan’ atau `perkelahian’ yang diterima. Mungkin ini menjadi satu manifestasi daripada perwakilan bahawa sudah tiba masanya parti itu berubah, daripada merebut kekuasaan kepada fokus utama memilih pemimpin tepat bagi…