KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen mudah melepasi pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia apabila menang 21-17, 18-21, 21-13 ke atas wakil Thailand, Khosit Phetpradab di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi. Meskipun berjaya melangkah ke pusingan kedua, namun Axelsen yang juga juara dunia mengakui berdepan sedikit kesukaran pada set kedua yang menyaksikan dia tewas 18-21. Bagaimanapun, dia menegaskan memang sudah menjadi kebiasaan berdepan…










