ALOR SETAR 30 Jun – Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan berundur dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sebaik saja suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu. Wan Azizah berkata, tindakan tersebut memang sudah difikirkan sejak dari awal lagi. “Takkanlah ada situasi di mana suami menjadi Perdana Menteri dan isterinya pula Timbalan Perdana…