GAZA CITY 17 Jun – Tentera Israel bertindak melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk Palestin di kawasan sempadan Gaza menggunakan sejenis ‘alat kawalan udara’ menyebabkan dua penduduk terbabit cedera. Menurut kenyataan ketenteraan Israel, tembakan itu dilakukan ketika penduduk Palestin dikatakan cuba melepaskan belon berisi bahan bakar ke arah wilayah dikuasai rejim Zionis semalam. Pihak berkuasa Palestin pula melaporkan tentera Israel melancarkan serangan menggunakan dron ke arah penduduknya di timur kem…










