Tengku Amir mampu bawa perubahan - Utusan Malaysia

Tengku Amir mampu bawa perubahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jun – Kapten Red Giants, Amri Yahyah percaya, kemasukan Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mampu membawa perubahan kepada pasukan itu.

Amri bagaimanapun menegaskan, dia menyerahkan sepenuhnya keputusan pemilihan Presiden kepada pihak pengurusan dengan harapan sesiapa sahaja yang bakal menjadi presiden mampu membawa perubahan positif kepada bola sepak Selangor.

“Sebagai pemain saya tidak boleh komen banyak sangat sebab perkara ini di bawah bidang pihak pengurusan dan kami hanya perlu memberi komitmen di atas padang.

“Apapun ia satu semangat baharu buat Selangor dan Insya-Allah mungkin ada pembaharuan daripada RMS,” katanya dalam sidang media selepas melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Kelantan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Ab. Rahim hari ini mengesahkan, Tengku Amir menyatakan persetujuan untuk menggalas tanggungjawab Presiden FAS bagi menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal yang mengumumkan pengundurannya, Selasa lalu.

“Kita tahu RMS akan jadi presiden cuma belum tahu pasukan yang bakal bersamanya dan saya harap sesiapa pun akan bersama beliau mempunyai matlamat sama iaitu memajukan bola sepak Selangor.

“Namun, peranan ini tidak mampu dijalankan oleh FAS secara sendirian tanpa sokongan dan bantuan dana daripada penyokong-penyokong setia, kerajaan negeri serta syarikat-syarikat korporat yang beroperasi di negeri tersebut,” jelasnya ketika dihubungi Utusan ONLINE. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN