Universiti Limkokwing menawarkan penyelesaian dalam meningkatkan kualiti pendidikan setaraf antarabangsa dalam sektor pendidikan selepas bertapak kukuh dan berjaya di dalam negara. Presiden dan pengasas Universiti Limkokwing Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing berkata, kejayaan itu hasil daripada usaha Universiti Limkokwing selama ini yang menyediakan akses kepada pengajaran dan pembelajaran di 13 kampusnya di seluruh dunia. Katanya, pengalaman universiti dalam membangunkan modul silibus akademik menepati kehendak pembangunan negara di…










