KUALA LUMPUR 28 Jun – Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah akan berusaha menarik balik pembekuan akaun parti itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata, langkah itu adalah supaya dana di dalam akaun tersebut boleh digunakan oleh parti secepat mungkin. Katanya, pembekuan itu dilakukan berlandaskan undang-undang tetapi parti akan melihat langkah tertentu untuk mendapatkan semula dana tersebut. “Setiap tindakan ada reaksinya. Kami akan mencari jalan untuk mendapatkan semula…










