KUALA TERENGGANU 10 Jun – Seorang kontraktor hari ini membuat laporan polis berhubung Projek Pembangunan Taman Ilmu di Tembila, Besut yang kemungkinan mempunyai unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah berkait bayaran saman sebanyak RM45 juta kepada kontraktor utama. Abdul Jalil Mustaffa, 54 yang merupakan pengarah syarikat AJS Resources Sdn. Bhd. membuat laporan itu pada pukul 10.17 pagi di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu dengan ditemani Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Abdul Jalil memberitahu, pembayaran penyelesaian saman pada 2016 sebanyak RM45 juta telah dibuat oleh kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya