Syarikat, peniaga berdaftar GST perlu kemukakan penyata GST-03 - Utusan Malaysia

Syarikat, peniaga berdaftar GST perlu kemukakan penyata GST-03

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meminta semua peniaga yang berdaftar di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk mengemukakan penyata GST 03 walaupun pelaksanaan kadar sifar GST telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Pengarah JKDM Kedah, Datuk Johari Alifiah berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat syarikat dan peniaga yang masih tidak mengemukakan penyata GST-03 berikutan timbul kekeliruan bahawa penyata itu tidak lagi perlu dikemukan selepas GST berada pada kadar sifar.

“Syarikat dan peniaga yang berdaftar masih perlu kemukakan penyata GST-03 ini kerana ia masih dikuatkuasa sehingga sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diumumkan kerajaan pada September nanti. 

“Kita hendak pastikan pungutan sifar GST ini dikembalikan kepada kerajaan sebab itu sudah menjadi tanggungjawab syarikat dan peniaga untuk mengemukakan penyata GST-03 ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kira-kira 15,000 peniaga di Kedah berdaftar dengan sistem GST di mana 95 peratus daripadanya telah berjaya mengemukakan penyata GST-03 sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN