KUALA LUMPUR 23 Jun – Akibat bantahan pelbagai pihak berhubung syarat supaya semua pengusaha restoran di negara ini perlu mengambil tukang masak tempatan, hari ini Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menyatakan bahawa perkara tersebut belum diputuskan lagi sebaliknya ia hanya cadangan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, kementerian akan bertimbang rasa kepada pengusaha-pengusaha makanan dalam pengambilan tukang masak tempatan. “Kami akan berhubung dengan beberapa pihak sebelum proses akhir…










