TANJONG KARANG 30 Jun – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar mahu melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor susulan daripada prestasi buruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang hari ini, Noh menyatakan keputusan tersebut dibuat sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan parti itu di Selangor selain menegaskan mahu memberikan peluang kepada muka-muka baharu untuk…