KUALA LUMPUR 18 Jun – Polis giat memburu seorang suspek warga Indonesia yang dipercayai menikam mati lelaki senegaranya di sebuah apartmen di Taman Puchong Permai di sini semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa yang juga merupakan suami kepada bekas isteri suspek mati ditikam dengan senjata tajam. “Suspek dipercayai bertindak demikian kerana cemburu. “Mangsa ditikam di bahagian paha selain dikelar di lengan dan leher,”…










