KUALA LANGAT – Lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai membunuh ibu kandungnya semalam di kediaman mereka di Taman Langat Utama, Rancangan Tanah Belia (RTB) Kampung Bukit Changgang di sini bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, ujian air kencing dan darah yang dilakukan semalam mendapati suspek negatif daripada bahan terlarang tersebut. “Kita masih menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar…










