10 tahun lalu, ketika melancong ke Sarawak, saya tertanya-tanya kenapa saya perlu menyerahkan MyKad kepada pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kemudian, mereka menyerahkan satu resit dipanggil Pas Lawatan dan saya diingatkan membawa kembali pas berkenaan sebelum keluar dari negeri itu. Saya pelik, mengapa saya diminta berbuat demikian di negara saya sendiri? Persoalan saya kemudian terjawab. Tindakan itu sebenarnya sebagai menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memberi kuasa kepada…










