SANDAKAN – Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) meminta agar projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sandakan dapat diteruskan bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke daerah itu. Presidennya, Johnny Lim berkata, projek itu yang diluluskan kerajaan Persekutuan sebelum ini dan dijangka siap Disember tahun depan diharap dapat diteruskan kerajaan Pakatan Harapan. “Kami berharap ia tidak akan dibatalkan disebabkan peralihan pemerintahan kerajaan Persekutuan. Projek ini penting bagi membolehkan penambahan penerbangan terus ke Lapangan Terbang…










