KUALA LUMPUR 22 Jun- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ketua Pesuruhjayanya mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah di Kelantan seperti yang tular di Facebook baru-baru ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa suruhanjaya itu atau Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu berkenaan. “SPRM mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya…










