KUALA LUMPUR 7 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta dua individu tampil bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International Sdn. Bhd. (SRC).
Suruhanjaya itu dalam kenyataannya di sini berkata, dua individu tersebut ialah Pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, 47, dan ahli perniagaan, Low Taek Jho, 37, yang dikenali sebagai Jho Low.
“Nik Faisal yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.
“Manakala, Jho Low pula memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang,” katanya.
Menurut suruhanjaya itu, sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010-3187757 atau email kepada [email protected]. – UTUSAN ONLINE











