IPOH – Kerajaan negeri Perak akan menjalankan majlis pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu pada 3 Julai depan. Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, selain perlantikan speaker DUN, upacara angkat sumpah 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan timbalan speaker turut dijalankan pada tarikh tersebut. Jelasnya, sebanyak tiga calon telah dikemukakan untuk lantikan sebagai speaker dengan masing-masing dari Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Pas.…










