MUAR 30 Jun – Ahli UMNO perlu memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja Presiden baharu yang terpilih bagi memastikan usaha memulih parti berjalan baik. Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, sokongan padu dan tidak berbelah-bahagi itu juga penting untuk membawa UMNO ke peringkat lebih tinggi, selain mengelak perpecahan dalaman. “UMNO disifatkan seperti terumbang-ambing kerana ketiadaan ketua sebelum ini. Jadi,;siapa pun yang menang jangan kita persoalkan pula (sebaliknya)…