SIAP. Sebanyak 1,400 bungkus bubur lambuk telah dimasak menggunakan lima periuk oleh pelajar-pelajar Unit Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium (SMKTD), Seri Kembangan baru-baru ini. Menurut Pengetua SMKTD, Roslina Ahmad, majlis tahunan ini turut dibantu oleh pentadbir,guru,ibu bapa dan pelajar-pelajar. “Sebanyak RM3,000 dana dapat dikutip daripada ibu bapa bagi menjayakan majlis tahun ini. Selain daripada pelajar, kami juga turut menyerahkan sumbangan bungkusan kepada surau dan rumah anak-anak yatim yang berdekatan,”…










