PERTENGAHAN tahun lalu, drama Andainya Takdir lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam menerusi slot Samarinda telah meniti di bibir pengikut drama tempatan. Masakan tidak, barisan pelakon yang bijak memainkan peranan dalam menghidupkan roh setiap watak telah membuatkan para penonton berasa begitu emosi, kasihan, malah begitu marah setiap kali menonton terutamanya watak Airil yang digalas Shukri. Namun, adakah sambungan drama berkenaan…