KALININGRAD 23 Jun – Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic hari ini berkata, politik dan bola sepak sama sekali tidak boleh dicampur adukkan selepas dua pemainnya meraikan jaringan sewaktu melakar kemenangan 2-1 ke atas Serbia dengan menunjukkan isyarat berunsur politik. Gol kemenangan pada hujung permainan yang disempurnakan oleh Xherdan Shaqiri menyaksikan kebangkitan Switzerland dalam perlawanan Kumpulan E di Kaliningrad selepas pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka menyamakan kedudukan gol pembukaan Aleksandar Mitrovic. Shaqiri…










