KALININGRAD 23 Jun – Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic hari ini berkata, politik dan bola sepak sama sekali tidak boleh dicampur adukkan selepas dua pemainnya meraikan jaringan sewaktu melakar kemenangan 2-1 ke atas Serbia dengan menunjukkan isyarat berunsur politik. Gol kemenangan pada hujung permainan yang disempurnakan oleh Xherdan Shaqiri menyaksikan kebangkitan Switzerland dalam perlawanan Kumpulan E di Kaliningrad selepas pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka menyamakan kedudukan gol pembukaan Aleksandar Mitrovic. Shaqiri dan Xhaka yang berasal dari Kosovo, bekas wilayah Serbia, telah mencetuskan suasana tegang sebelum dan sewaktu perlawanan. Kedua-dua pemain berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya