RAUB 1 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahirudin Ab. Moin tidak akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub yang disandangnya sejak 24 tahun lalu pada pemilihan UMNO kali ini. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri itu berkata, keputusan tersebut bagi memberi ruang kepada muka baharu dan pelapis untuk mentadbir serta memimpin UMNO bahagian berkenaan. Beliau berkata, langkah tersebut juga bagi menyuburkan proses pemeremajaan…










